Sayyid Ja’far bin Sayyid Hasan bin Sayyid ‘Abdul Karim bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Rasul al-Barzanji adalah seorang ulama besar keturunan Qiblatuna Nabi Muhammad Saw. dari keluarga Saadah al-Barzanji yang masyhur berasal dari Barzanj di Iraq. Beliau dilahirkan di Kota Madinah al-Munawwarah pada tahun 1126H.
Segala usul Sayyid Ja’far semuanya merupakan ulama terkemuka yang terkenal dengan ilmu dan `amal, keutamaan dan kesholehan. Habib Prof. Dr. Muhammad bin ‘Alwi bin ‘Abbas al-Maliki ra. (jika ada orang berbangga-bangga dengan gelar Dr.nya dalam bidang hadits, maka aku nyatakan bahwa Al-Habib Muhammad al-Maliki ra. ini juga telah meraih gelar Dukturahnya dalam bidang hadits pada usianya 25 tahun dari Harvard dan Oxfordnya dunia Islam yaitu Universiti al-Azhar asy-Syarif, oleh itu jika kamu berbangga-bangga dengan kesarjanaan versi dukturah ini, maka simpanlah dulu Dr. kamu tu dalam poket ) dalam “Haul Ihtifaal bi dzikra al-Mawlid an-Nabawi asy-Syarif” menulis pada halaman 99 :-
Al-’Allaamah al-Muhaddits al-Musnid as-Sayyid Ja’far bin Hasan bin ‘Abdul Karim al-Barzanji adalah MUFTI ASY-SYAFI`IYYAH di Kota Madinah al-Munawwarah. Telah berlaku perselisihan tentang tarikh kewafatannya, di mana sebagiannya menyebutkan bahwa beliau meninggal pada tahun 1177H. Imam az- Zubaidi dalam “al-Mu’jam al-Mukhtash” menulis bahawa beliau wafat tahun1184H, di mana Imam az- Zubaidi pernah berjumpa dengan beliau dan menghadiri majlis pengajiannya di Masjid Nabawi yang mulia.
Beliau adalah pengarang kitab mawlid yang masyhur dan terkenal dengan nama “Mawlid al-Barzanji”.
Sebagian ulama menyatakan bahwa nama karangannya tersebut sebagai “I’qdul Jawhar fi mawlid an-
Nabiyyil Azhar”. Mawlid karangan beliau ini adalah di antara kitab mawlid yang paling tersohor dan paling luas tersebar ke pelosok negeri ‘Arab dan Islam, baik di Timur maupun di Barat. Bahkan ramai kalangan ‘Arab dan ‘Ajam yang menghafalnya dan mereka membacanya dalam perhimpunan-perhimpunan agama yang munasabah. Kandungannya merupakan khulaashoh ( ringkasan ) siroh Nabawiyyah yang meliputi kisah lahir Baginda, perutusan baginda sebagai rasul, hijrah, akhlak, peperangan sehingga kewafatan Baginda…………….
Kitab “Mawlid al-Barzanji” ini telah disyarahkan oleh al-’Allaamah al-Faqih asy-Syaikh Abu ‘Abdullah Muhammad bin Ahmad ra. yang terkenal dengan panggilan Ba`ilisy yang wafat tahun 1299H dengan satu syarah yang memadai, cukup elok dan bermanfaat yang dinamakan “al-Qawl al-Munji ‘ala Mawlid al-Barzanji” yang telah banyak sekali diulang cetaknya di Mesir.
Ikhwah lihat, bagaimana Habib Muhammad menyatakan bahawa Sayyid Ja’far adalah seorang ‘allaamah, seorang muhaddits lagi musnid yang menjadi sanad dan sandaran umat. Jadi bagaimana kita tergamak membuka mulut kita dan menggerakkan lidah kita yang tidak bertulang untuk mencemooh dan merendah-rendahkan pribadi seperti Sayyid Ja’far, Mufti Syafi`iyyah di Kota Madinah. Allahu … Allah.
Sebagaimana dinyatakan oleh Buya al-Maliki di atas, mawlid Sayyid Ja’far al-Barzanji ini telah disyarahkan pula oleh para ulama kenamaan umat ini. Antara yang masyhur mensyarahkannya ialah Syaikh Muhammad bin Ahmad ‘Ilyisy al-Maaliki al-’Asy’ari asy-Syadzili al-Azhari yang mengarang kitab “al-Qawl al-Munji ‘ala Mawlid al-Barzanji”. Beliau ini adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif, bermazhab Maliki lagi Asy`ari dan menjalankan Thoriqah asy-Syadziliyyah. Beliau lahir pada tahun 1217H (1802M) dan wafat pada tahun 1299H (1882M). Beliau bukanlah calang-calang ulama pula, ketinggian ilmunya dapat dilihat dalam kitab-kitab karangannya yang bernilai tinggi, antaranya : “Hidaayatul Muriid li ‘Aqiidati Ahlit Tauhiid”, “Syarah al-’Aqaa-idul Kubra lis Sanusi”, “Haasyiah ‘ala Syarhish Shoghir lid- Dardiir”, “Minhul Jaliil ‘ala Mukhtashar Khaliil” dan “Hidaayatus Saalik ila Aqrabil Masaalik fi Furu`il Fiqhil Maaliki”.
Selain Syaikh Ba`ilisy, ulama kita kelahiran Banten, Pulau Jawa, yang terkenal sebagai ulama dan penulis yang produktif dengan banyak karangannya. Sayyidul ‘Ulama-il Hijaz, an-Nawawi ats-Tsani, Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi ra. turut menulis syarah yang lathifah bagi “Mawlid al-Barzanji” dan karangannya itu dinamakannya “Madaarijush Shu`uud ila Iktisaa-il Buruud”. Manakala, seorang keturunan Sayyid Ja’far al-Barzanji yang mempunyai nama yang sama dengan beliau, iaitu Sayyid Ja’far bin Sayyid Isma`il bin Sayyid Zainal ‘Abidin bin Sayyid Muhammad al-Hadi bin Sayyid Zain yang merupakan suami dari satu-satunya anak Sayyid Ja’far al-Barzanji, telah juga menulis syarah bagi “Mawlid al-Barzanji” tersebut yang dinamakannya “al-Kawkabul Anwar ‘ala ‘Iqdil Jawhar fi Mawlidin Nabiyil Azhar”. Sayyid Ja’far ini juga adalah seorang ulama besar keluaran al-Azhar asy-Syarif. Beliau juga merupakan seorang Mufti Syafi`iyyah. Karangan-karangan beliau banyak, antaranya: “Syawaahidul Ghufraan ‘ala Jaliyal Ahzan
fi Fadhaa-il Ramadhan”, “Mashaabiihul Ghurar ‘ala Jaliyal Kadar” dan “Taajul Ibtihaaj ‘ala Dhau-il Wahhaaj fi Israa` wal Mi’raaj”. Beliau juga telah menulis sebuah manaqib yang menceritakan perjalanan hidup dan ketinggian nendanya Sayyid Ja’far al-Barzanji dengan judul “ar-Raudhul A’thar fi Manaqib as-Sayyid Ja’far”. Allahu … Allah, dunia Islam kaya dengan khazanah keilmuan. Luas melaut ilmu para ulama kita. Cuma kail kita yang panjang sejengkal tak mampu menduga kedalaman lautan tersebut… Allahu…Allah. Oleh itu, janganlah jadi seumpama “katak di bawah tempurung” atau dalam shighah Mr. Sammy – “tempurung atas katak”, hanya kenal sorang dua ulama terus menyerang dan menghukum orang lain yang tidak sefaham.
Kepada yang merasakan Mufti Sayyid Ja’far al-Barzanji hanya seorang lelaki seperti dirinya atau beranggapan dia mufti, aku pun mufti, eloklah cari kitab-kitab tersebut dan kaji pribadi dan sejarah hidup Sayyid Ja’far al- Barzanji yang mawlid karangannya telah lumrah jadi bahan bacaan dan amalan umat ini. Lepas itu cari cermin tengok muka sendiri dan buat perbandingan.
Berbalik kepada Sayyid Ja’far al-Barzanji, selain dipandang sebagai mufti, beliau juga menjadi khatib di Masjid Nabawi dan mengajar di dalam masjid yang mulia tersebut. Beliau terkenal bukan saja karena ilmu, akhlak dan taqwanya, tapi juga dengan kekeramatan dan kemakbulan doanya. Penduduk Madinah sering meminta beliau berdoa untuk hujan pada musim-musim kemarau. Diceritakan bahwa satu ketika di musim kemarau, beliau sedang menyampaikan khutbah Jum`atnya, seseorang telah meminta beliau beristisqa` memohon hujan. Maka dalam khutbahnya itu, beliau pun berdoa memohon hujan, dengan serta merta doanya terkabul dan hujan terus turun dengan lebatnya sehingga seminggu, persis sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Qiblatuna Nabi Saw. dahulu. Menyaksikan peristiwa tersebut, maka sebagian ulama pada zaman itu telah memuji beliau dengan bait-bait syair yang berbunyi:
سقى الفروق بالعباس قدما * ونحن بجعفر غيثا سقينا
فداك وسيلة لهم وهذا * وسيلتنا إمام العارفينا
Dahulu al-Faruuq dengan al-’Abbas beristisqa` memohon hujan
Dan kami dengan Ja’far pula beristisqa` memohon hujan
Maka yang demikian itu wasilah mereka kepada Tuhan
Dan ini wasilah kami seorang Imam yang ‘aarifin
Sayyid Ja’far al-Barzanji wafat di Kota Madinah dan dimakamkan di Jannatul Baqi`, sebelah bawah maqam nenda-nenda beliau dari kalangan anak-anak perempuan Qiblatuna Nabi Saw. Allahu … Allah.
sungguh Sayyid Ja’far. Karangannya membawa umat ingatkan Qiblatuna Nabi Saw. membawa umat kasihkan Qiblatuna Nabi Saw. membawa umat rindukan Qiblatuna Nabi Saw Setiap kali karangannya dibaca, pasti sholawat dan salam dilantunkan buat Qiblatuna Nabi Saw Juga umat tidak lupa mendoakan Sayyid Ja’far yang telah berjasa menyebarkan keharuman pribadi dan siroh kehidupan makhluk termulia keturunan Adnan. Allahu … Allah.
أللهمّ اغفر لنا لناسج هذه البرود المحبرة المولدية
سيدنا جعفر من إلى البرزنج نسبته ومنتماه
وحقق له الفوز بقربك والرجاء والأمنية
واجعل مع المقربين مقيله وسكناه
واسترله عيبه وعجزه وحصره وعيه
زكاتبها وقارئها ومن اصاخ إليه سمعه واصغاه
Ya Allah ampunkan pengarang jalinan mawlid indah nyata
Sayyidina Ja’far kepada Barzanj ternisbah dirinya
Kejayaan berdamping denganMu hasilkan baginya
Juga kabul segala harapan dan cita-cita
Jadikanlah dia bersama muqarrabin berkediaman dalam syurga
Tutupkan segala keaiban dan kelemahannya
Segala kekurangan dan kekeliruannya
Seumpamanya
Ya Allah harap dikurnia juga
Bagi penulis, pembaca serta pendengarnya
Kegigihan beliau menuntut ilmu:
Semasa kecilnya beliau telah belajar Al-Quran dari Syeikh Ismail Al-Yamani, dan belajar tajwid serta membaiki bacaan dengan Syeikh Yusof As-Su’iidi dan Syeikh Syamsuddin Al-Misri. Antara guru-guru beliau dalam ilmu agama dan syariat:-
- Syed Abdul Karim Haidar Al-Barzanji
- Syeikh Yusuf Al-Kurdi- Syed Athiyatullah Al-Hindi.
Beliau kemudian berhijrah dan menetap di Makkah selama lima tahun. Di sana beliau belajar kepada para `ulama terkenal, diantaranya:
- Syeikh Athaallah ibn Ahmad Al-Azhari
- Syeikh Abdul Wahab At-Thanthowi Al-Ahmadi
- Syeikh Ahmad Al-Asybuli
Beliau juga telah diijazahkan oleh sebagian ulama’, diantaranya:
- Syeikh Muhammad At-Thoyib Al-Fasi
- Syed Muhammad At-Thobari- Syeikh Muhammad ibn Hasan Al-A’jimi
- Syed Musthofa Al-Bakri
- Syeikh Abdullah As-Syubrawi Al-Misri
Ilmu-ilmu yang dikuasai:
Syed Ja’far Al-Barzanji telah menguasai banyak cabang ilmu, antaranya: Shoraf, Nahu, Manthiq, Ma’ani, Bayan, Adab, Fiqh, Usul Fiqh, Faraidh, Hisab, Usuluddin, Hadis, Usul Hadis, Tafsir, Hikmah, Handasah, A’rudh, Kalam, Lughah, Sirah, Qiraat, Suluk, Tasawuf, Kutub Ahkam, Rijal, Mustholah…
Karangan beliau:
- البرالعاجل بإجابة الشيخ محمّد غافل
- جالية الكدر بأسماء اصحاب سيد الملائك والبشر
- والأحديين جالية الكرب بأسماء سيد العجم والعرب فى أسماء البدريين
- الجني الداني فى مناقب الشيخ عبد القادر
- الروض المعطار فيما يحدي السيد محمّد من الأشعل
- الشقائق الأترجية فى مناقب الأشراف البرزنجية
- الطوالع الأسعدية من المطالع المشرقية
- العرين لأسماء الصحابة البدريين
- فتح الرحمان على أجوبة السيد رمضان
- الفيض اللطيف بإجابة نائب السرع الشريف
- النفح الفرجي فى فتح جته جي فى التاريخ
- نهوض الليث لجواب أبى الغيث
- عقد الجوهر فى مولد النبي الأزهر صلعم
(kitab maulid yang dikenali dengan Maulid Barzanji)
Kemasyhuran beliau:
Beliau telah diiktirof dan mendapat kedudukan di sisi pembesar Makkah dan Madinah, serta para menteri Kerajaan Uthmaniah. Tersebarlah kemasyhuran dan kehebatan beliau keseluruh pelosok dunia Islam, sehingga beliau dikenali oleh orang ramai. Karangan-karangan beliau telah diterima dan dipuji oleh para `ulama sezaman denganya sehingga tersebarnya tulisan beliau dikalangan penuntut ilmu.
Sifat-sifat beliau:
Mempunyai akhlak yang terpuji, jiwa yang bersih, sangat pemaaf dan pengampun, zuhud, amat berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah, wara’, banyak berzdikir, senantiasa bertafakkur, mendahului dalam membuat kebajikan bersedekah,dan sangat pemurah,…
Dari riwayat hidup Sayyid Ja’far Al-Barzanji di atas, jelaslah kita bahwa beliau bukanlah calang-calang orang seperti yang didakwa oleh sebagian pihak. Bahkan beliau menjawat jawatan Mufti Madinah Munawwarah sekian lama yang menunjukkan kepada kita ketinggian ilmu beliau dan kesolehan beliau.
Harapan penulis agar kita tidak terburu-buru mengutuk dan merendahkan para `ulama Islam.
Walaupun kita tidak setuju pada sebagian perkara yang khilafiyah, janganlah kita terus menghantam dan membid`ahkan lawan kita. Selagi perkara tersebut ijtihadiah, contohnya dalam menghukumkan hadis atau beramal dengannya, sepatutnya kita mengikut kaedah fiqh
– Ijtihad tidak dapat membatalkan ijtihad yang lain.
Semoga segala yang baik daripada tulisan ini dapat diambil manfaatnya, dan jika ada kehilapan, marilah sama-sama kita betulkan.
——————
Rujukan:
Al-Kawakib Al-Anwar syarh Al-Maulid An-Nabawi, karangan Sayyid Ja’far ibn Al-Barzanji ( keturunan Sayyid Ja’far Al-Barzanji pengarang Maulid ), wafat pada tahun 1317 H bersamaan dengan tahun 1899 M, tahqiq Nada Farj Darwisy, disimak oleh Institut Pengkajian Akademik Universiti Azhar, cetakan Markaz ibn Al-Athar litthurath, muka surat 647-650.
Kasyfuz Zunun ‘an Asami Al-Kutub wal Funun, karangan Haji Khalifah, cetakan 1999 M Darul Fikr, Beirut, bab jim ‘ja’far’, jilid 5, muka surat 211.
Al-Asybah wan Nazhair, Jaluddin As-Suyuthy, cetakan ketiga 2005 M Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut, jilid 2, muka surat 225.
اَللَّهُمَّ صَلِّّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْ
www.ucapantahunbaru.blogspot.com
Jumat, 22 Januari 2010
Sayyid Ja’far Al-Barzanji
Share this
Related Articles :
Habib Ahmad Jamal bin Toha Ba'aqilSalah satu guru dari Ust. Sis Maula Al Bilky adalah al Habib Ahmad Jamal bin Toha Ba'aqil, pengasuh pondok pesantren Anwarut Taufiq Ba ...
AL HABIB ‘ALWI BIN ‘ABDULLAH AL ‘AYDRUS (Salah Satu Sayap Dakwahnya Guru Mulia Al Habib ‘Umar bin Hafidz)"Memakmurkan, menghidupkan, dan memelihara agama dengan semata mengharap ridho Allah adalah tujuan dari semua upaya itu, bukan tujuan- ...
Habib Husein Al Hamid BraniSep 20, '07 2:57 AMuntuk semuanyaWaliyullah Yang Berumur PanjangHabib Husein termasuk seorang Waliyullah yang berumur panjang dan jauh ...
Habib Jindan bin Novel bin Salim JindanKemampuannya sebagai dai bukan hanya karena dia adalah cucu Habib Salim bin Ahmad bin Jindan, “Singa Podium” dan pejuang dakwah di Bet ...
Al-Habib Al-Arif billah Abu Bakar bin Husein AsseggafSegala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Sholawat serta salam atas pemimpin kita Nabi Muhammad, keluarga serta para sahabat.Maka ini ...
Arsip Blog
-
▼
2010
(580)
-
▼
Januari
(580)
- Drs. KH. Muhammad Zubaidi Muslich
- Habib Jindan bin Novel bin Salim Jindan
- KH. M. Ma’shum bin Aly
- Habib Salim bin 'Abdullah bin 'Umar asy-Syathiri
- KH. Marzuqi Romli
- TIGABELAS ALASAN KEUTAMAAN BERSHOLAWAT
- “Sang Macan Putih dari Pulau Jawa” (edisi 1)
- KH. Abdul Ghofur Maimoen (Kader NU Mesir Raih Gela...
- KH Masyhudi Hasan Ilmuwan Idealis Itu Adalah Kac...
- KH. Maimun Zubair (Matahari Dari Sarang)
- al-Habib Syekh bin Salim al-Aththas
- Al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad Bilfagih Al-Alawy
- Inilah Mimpi-Mimpi Rasulullah Saw Yang Menakjubkan
- SEBAGIAN AMALIYAH DIMALAM NISFU SYA'BAN
- ASWAJA (AHLUSSUNAH WAL JAMAAH)
- AL HABIB ZEIN BIN ‘ALI BIN AHMAD BIN ‘UMAR AL JUFR...
- HABIB ALWI BIN SALIM ALAYDRUS
- KH. Abdul Mukti bin Harun
- KH. Badrus Salam
- KH. Anwar Nur, Pengasuh Ponpes An-Nur Bululawang
- Habib Sholeh bin Muhammad Mauladdawilah
- BIOGRAFI KH.IMAM FAQIH ASY'ARI DAN SEJARAH BERDIRI...
- KH. MOHAMMAD SAID
- Habib Ahmad Jamal bin Toha Ba'aqil
- Keajaiban-Keajaiban Nabi Muhammad SAW Semasa Kecil
- Alim al-Allamah al-Faqih Syeikh Ismail al Yamani
- Syeikh Abdul Fatah Husein Rawa
- SHEIKH MOHAMMAD KHALIL AL-KHATIB
- MENGENANG SALAH SATU SOSOK ULAMA KHARISMATIK KOTA ...
- Ustadz Taha Suhaimi, Cucu Syeikh Muhammad as-Suhaimi
- Syaikh `Abdullah al-Lahji
- Kyai Soeratmo (Mbah Idris)
- Habib Hasan bin Soleh Al-Bahr Al-Jufri, Keluhuran ...
- KH. Abdul Fattah Hasyim
- KH. Abdullah Abbas
- KETIKA KYAI SALING NYANTRI
- Dr. KH. Ahsin Sakho Muhammad
- SUHRAWARDI AL-MAQTUL: SANG GURU CAHAYA
- AYN AL-QUDAT AL-HAMADZANI
- SEJARAH SHALAWAT BADAR
- ABAH KI QOMARUZZAMAN
- GELAR KELUARGA AL-HASANI
- KH Abdul Wahid Hasyim
- KH. Oesman Mansoer: Dari Mayor Hingga Rektor
- H. Imron Rosyadi SH Diplomat Karir Dari Pesantr...
- Menghadiahkan Bacaan Dzikir Untuk Ahli Kubur
- BETAPA KUASANYA ALLAH SWT (kisah nyata) Satu ger...
- KH. Turaihan Adjhuri Es Syarofi (Guru para Ahli Fa...
- Habib Ali bin Ja'far Alaydrus, Batu Pahat-Malaysia
- GELAR KELUARGA ALAWIYIN DI HADRAMAUT
- Syaikh Ahmad AlBadawiy RA. – WaliQutb Al Ghouts
- KH.SYAFI’I HADZAMI (SUMUR YANG TAK PERNAH KERING)
- Terkuaknya ke-wali-an Kyai Hamid Pasuruan dan Ki...
- KISAH AL-HABIB AHMAD AL-MUHDHAR (QUWEREH, YAMAN)
- Merunduk Kala di Puncak Ilmu : Habib Husein bin Ab...
- KH. Abdul Rasyid Abdullah Syafi’ie: Demi Maslahat ...
- Bakiak Kiai Abbas Rontokkan Pesawat-2 Sekutu
- Kasyaf Terbukanya hijab antara seorang Hamba denga...
- Habib Hamid al-Kaaf - Khalifah Syaikh Yaasin
- Komentar Tokoh Dunia tentang : Sayyidina wa Maulan...
- Habib Hamid bin Ja’far Al-Qadri: Membumikan Madras...
- SAYYID THOHIR ALAUDDIN AL JAILANI (Sang Juru Kun...
- AL IMAM AL MUHAQQIQ AL MUDAQQIQ ABUL FAIDH SAYYID ...
- AL HABIB ‘ALWI BIN ‘ABDULLAH AL ‘AYDRUS (Salah Sa...
- PERTEMUAN AGUNG BERTABUR NUR KEBERKAHAN ANTARA A...
- AL HABIB ‘ALI BIN SYECH ABU BAKAR BIN SALIM (PANGE...
- KH. Abdul Manan Muncar Banyuwangi Jawa Timur
- Sekilas Abil 'Abbas Balyan Bin Malkan, Nabi Khidir AS
- AL-IMAN AL-HABIB ‘ALAWI BIN ‘ABDULLAH BIN ‘ AYDARU...
- Sayyid ‘Abdullah bin Shadaqah bin Zaini Dahlan al-...
- HABIB UMAR BIN ISMAIL BIN YAHYA CIREBON
- 10 Sahabat Dijamin Masuk Surga
- Habib Nuh al Haddad, Solo
- Sayyid Isa Alkaff Qathmyr : Annasabah Alawiyyah
- Ringkasan Sejarah 25 Nabi Dan Rasul
- K.H. Sholeh Bahruddin Kalam Pengasuh Pon.Pes. Ngal...
- Download
- Gathering 49
- Al Allamah Al Musnid Al Arif billah Alhabib Abdulq...
- Keluarga Alawiyyin di Hadramaut
- ISTI'LAUL QUDROH
- Asal Usul Sebutan ALAWIYYIN
- KH. Muslim Rifa'I Imampuro
- Syekh Ihsan Jampes
- KH. Mahrus Aly
- Syekh Junaid Al-Baghdadi RA
- MANAQIB MU'ALLIF DALA'IL AL-KHOIROT, AL-SAYYID ABU...
- Biografi KH Mufid Mas'ud Pendiri Pondok Pesantren ...
- Manaqib Al Arif Billah Al A`lim As Sayyid Ahmad Za...
- Al-Habib Sayid Hatim bin Ahmad Al-Ahdal
- Al-Habib Raihan bin Abdillah Al-’Adani
- Al-Habib Husein bin Hadi Al-Hamid Waliyullah Yang ...
- Al-Habib Husein bin Bin Abdurrahman Assaqqaf Sesep...
- Al-Habib Ahmad bin Alwi Bahjadab
- Al-Habib Ahmad bin Abdullah bin Muhsin Assegaff Pe...
- Al-Habib Abubakar bin Ali Shahab Salah Satu Pendir...
- Syekh Samman Sang Pendiri Sammaniyah
- JADWAL PERINGATAN HAUL HABAIB SEJAWA
- Kiai Muhammad Syamsuri bin Dahlan (1906-1988)
- KH Muhammad Dahlan; Pendukung Lahirnya Muslimat NU
-
▼
Januari
(580)